Selasa, 9 September 2008

Hujan Turun-Tanah Runtuh Lagi

Sudah tiba masanya JMG meningkatkan bilangan pakar tanah runtuh. Peranan JMG harus berubah daripada reaktif kepada proaktif. Bukan setakat menyiasat 'benda' yang dah jatuh tetapi membuat perancangan dan katalog kejadian tanah runtuh dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut. Tentu ada persamaan dalam banyak-banyak tersebut. Apa kata kalau gunakan teknologi GIS. Kutip data geologi kawasan, taburan hujan, rekod seismik dan lokasi kejadian tanah runtuh terdahulu. Pasti korelasi boleh dilakukan.
Dalam masa yang sama peluang kenaikan pangkat kepada kumpulan pakar ini (yang ada MSc. dan Phd.) haruslah lebih terbuka luas. Apa kata semua yang ada MSc. dan Phd dicadangkan naik pangkat secara KUP. Tak kisahlah 44 ke 48 atau 52. Barulah semangat member nak kerja. Kalau tak habislah lari ke lain (NAHRIM ke...;-))

Tiada ulasan: