Memaparkan catatan dengan label sumber mineral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sumber mineral. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Bijih besi sumber pendapatan baru Kedah


1 Mac 2012: Kerajaan negeri Kedah melalui syarikat milik penuhnya, Permodalan Kedah Berhad (PKB), sedang giat meneroka hasil bumi secara usahasama dengan syarikat swasta untuk dijadikan sumber pendapatannya yang baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata aktiviti terbaru PKB ialah mengusahakan lombong bijih besi dengan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn Bhd, di tapak seluas 26.091 hektar berhampiran Gunung Jerai di Gurun, yang dijangka memberi hasil sebanyak RM10 juta setahun.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak lombong itu hari ini, Azizan berkata kerajaan negeri menerima royati sebanyak lima peratus daripada nilai bijeh besi yang dieksport, tidak termasuk keuntungan yang diperoleh PKB melalui usaha sama itu.

Menurutnya tapak tersebut diangggarkan mengandungi lebih satu juta metrik tan bijeh besi manakala satu tapak lagi seluas 42 hektar bersebelahannya, hanya menunggu kelulusan Jabatan Mineral dan Geosains, untuk dilombong.

Dalam tempoh tiga bulan lombong itu beroperasi, sebanyak tiga kapal muatan bijih besi itu telah di eksport ke China, kata Azizan.

Beliau berkata beberapa tapak lain juga telah dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuartz di Bukit Kachi, Sintok, yang masih dalam proses kajian dan sudah ada pengusaha yang berminat melombongnya.

- Bernama

Rabu, 5 November 2008

Pemetaan Geologi Sempadan Malaysia-Indonesia

Pada 17-19 November 2008, mesyuarat teknikal antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia akan berlangsung di Kuching, Sarawak untuk membincangkan bagaimana kerjasama teknikal boleh dilaksanakan antara kedua negara untuk memetakan sempadan geologi dan kajian sumber mineral kawasan sempadan kedua-dua negara.
Perkara yang akan dibincangkan mengenai "Proposal on Joint Cooperation Program on the Investigation of Mineral Resources and Correlation Study on Geology in the Border Areas of Indonesia (Kalimantan) and Malaysia (Sarawak and Sabah)". Malaysia will be represented by Minerals and Geoscience Department Malaysia where else Indonesia will be represented by Center for Geological Resources, Indonesia (CGR).