Aku terjumpa satu artikel dalam Aliran Online mengenai perbahasan salah seorang ahli Dewan Rakyat yang tidak menyokong RUU AG 2008 ini. Meskipun RUU ini telah diluluskan dan akan menjadi satu akta tetapi ada beberapa perkara yang kita boleh fikirkan bersama.
Debat terhadap Rang Undang Geologi (suatu akta baru)
Wednesday, 25 June 2008 17:39 Kita memang memerlukan suatu rang undang-undang untuk mengawal bidang geologi, tetapi rang undang-undang yang dibentangkan memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli dan berkurangan dalam "check and balance", kata Dr Jeyakumar Devaraj.
Saya terima hakikat bahawa kita memerlukan suatu rang undang-undang untuk mengawal bidang geologi, tetapi saya tidak selesa dengan bentuk rang undang yang dibentangkan di Dewan ini.
Rang undang-undang di hadapan kita memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli dan berkurangan dalam "check and balance".
Seksyen 6 dalam rang undang Geologi ini menyatakan bahawa ahli Lembaga Geologi akan dilantik oleh Menteri sendiri. Walaupun Institut Geologi, suatu badan profesyional ahli geologi, boleh mengesyorkan calon untuk Lembaga Geologi, Menteri Sumber Asli tidak dikehendaki mematuhi syor daripada para ahli geologi. Ini harus dibandingkan dengan amalan Malaysian Medical Council ataupun Jemaah Doktor Malaysia di mana 40 peratus daripada keahlian Jemaah tersebut dipilih oleh doktor-doktor sendiri melalui pilihan pos. Mengapa suatu sistem yang sama tidak dapat diamalkan untuk penubuhan Lembaga Geologi.
Seksyen 10 dalam rang undang Geologi memberi kuasa untuk Menteri Sumber Asli untuk "pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu". Pada pandangan saya Seksyen 6 dan seksyen 10 memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli.
Selain daripada ini, prosedur untuk menggantungkan atau membatalkan pendaftaran seorang ahli geologi, tidak munasabah. Seksyen 33 dalam rang undang geologi memberi kuasa pada Lembaga Geologi untuk membatalkan pendaftaran seorang ahli geologi. Ini mewujudkan suatu situasi di mana Lembaga Geologi menjadi Pendakwa dan juga Pengadil. Langsung tiada "separation of powers".
Bukan setakat ini sahjaa, seorang ahli geologi yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Geologi hanya boleh merayu kepada Menteri seperti diperuntukkan di bawah seksyen 48 yang menyatakan "keputusan Menteri ... adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah".
Seksyen-seksyen yang saya telah sebut tadi membuktikan bahawa langsung tiada "separation of powers" ataupun proses "check and balance". Terlalu (banyak) kuasa ditumpukan pada Menteri Sumber Asli. Dewan ini diminta meluluskan suatu rang undang yang baru. Saya pohon "let's do it right the first time itself." Oleh itu saya pohon rang undang ditarik balik dan diubahsuai supaya isu-isu yang saya telah membangkitkan tadi dapat dikendalikan.
Dato yang DiPertua, saya tidak dapat menyokong rang undang geologi dalam bentuk yang sedia ada.
Jumaat, 25 Julai 2008
Khamis, 24 Julai 2008
Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 Diluluskan
DOWNLOAD Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 (format pdf) di SINI
[Kemaskini] Alhamdulillah, tepat jam 6:10 petang tadi bertempat di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 (RUU AG) telah diluluskan selepas bacaan kali ketiga di Dewan Negara petang tadi. RUU AG telah dibentangkan oleh Y.B. Timbalan Menteri NRE, Senator Datuk Maznah Mazlan.
Petikan dari berita BERNAMA
24 Julai, 2008 21:18 PM
Dewan Negara Lulus Rang Undang-undang Ahli Geologi
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 yang bertujuan antara lain bagi menubuhkan Lembaga Ahli Geologi serta menetapkan fungsi dan kuasa lembaga berkenaan.Selain itu, rang undang-undang berkenaan juga adalah bagi mendaftar ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi serta perkara lain yang berhubung kait dengannya.Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan berkata inisiatif menubuhkan Lembaga Ahli Geologi dimulakan sejak 15 tahun lepas.Beliau berkata proses penggubalan itu mengambil masa yang agak lama kerana pelbagai aspek perlu diteliti dan dikenal pasti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak yang berkepentingan."Antaranya termasuk pegawai kajibumi dan galian dari Jabatan Meteorologi (sebetulnya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia), wakil Institut Jurutera Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Institut Kejuruteraan Galian Malaysia, Persatuan Geologi Malaysia, Institut Geologi Malaysia serta pegawai kanan kementerian," katanya.Maznah memberi penjelasan terhadap pertanyaan Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim dan Senator Datuk Samsiah Samsudin semasa berbahas yang ingin tahu mengapa Lembaga Ahli Geologi itu mengambil masa terlalu lama untuk diwujudkan.Beliau berkata sungguhpun begitu masih belum terlambat bagi Lembaga Ahli Geologi ditubuhkan."Seperti yang seorang Yang Berhormat katakan tadi..."better late than never". Hari ini atas sokongan dan pandangan-pandangan itu maka saya yakin ia akan jadi kenyataan," kata Maznah.Dewan juga meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008.-- BERNAMA

Rabu, 23 Julai 2008
Yang Terbiar, Keras Kepala dan Anak Emas
Yang Terbiar- Kakitangan ini kalau hendak dikirakan pernah dipanggil Presiden Kumpulan 41. Dari segi perwatakan adalah sedikit masalah tetapi kalau nak dikira dari segi sikap, berlambak lagi yang lebih teruk perangainya dari beliau tetapi dia ini macam terbiar. Benarlah selalu pujangga ada berkata, "kemarau setahun musnah dek hujan sehari". Sekali berbuat silap, selama-lamanya orang akan ingat. Para Pembesar Negeri pula mengamalkan double standard, pilih bulu dan autokratik. Kenapa tak dibawa berbincang, kaunseling atau pergi bawa belanja makan nasi ganja. Bukannya boleh jadi miskin kalau sesekali bawa anak buah makan. Elaun keraian tu nak buat apa kejadahnya (meminjam istilah edisi siasat NTV7). Berilah sedikit harapan dan kegembiraan pada bebudak ni. Ini tidak, lumpur yang terpalit sedikit tu dipanjang-panjangkan ke serata nusantara, habis satu Malaya tahu. Kan ke bongok namanya memburukkan nama anak buah sendiri. Gembala diadili dengan apa yang digembalakannya. Berilah sedikit ruang kepada Presiden 41. Mudah-mudahan Presiden 41 akan segera dijatuhkan gelaran dan menduduki pula kerusi paling junior kumpulan 44. Amin....
Keras Kepala-Di sebuah negeri yang mengamalkan Adat Perpatih tersebut lah kisah seorang juruteknik yang berkepala batu. Bukan saja kepala batu, malah kepala firaun dan samseng nak mampus. Macamana seorang juruteknik dengan mudahnya mem"babi"kan pegawainya tanpa rasa segan silu. Bukan saja istilah "baxx" tu saja macam-macam yang dicarutkannya. Melawan tokeh pulak tu. Yang kena cercaannya tu bos dialah, seorang wanita berpangkat pegawai. Bos dia ni pulak lembut sangat. Ya lah wanita kan...tapi takkanlah dibiarkan saja sampai naik atas kepala. Telunjuk menjolok mata. Apa kata kalau diberi amaran dulu. Kalau tak berbekas, amacam kalau diugut dengan saman. Buat laporan polis. Mesti ada hadnya, kita ni manusia takkanlah mampu membiarkan saja. Masalahnya samseng ni baik pulak dengan pegawai-pegawai lain, sama-sama duduk semeja minum, bergelak ketawa. Mana tak naik tocang. Hoi Pembesar Negeri, takkan nak dibiar anak buah kamu kena cerca...kesiankanlah dia.Samseng ini harus diajar dengan keras.
Anak Emas-Yang seorang ni pulak lain pulak ceritanya. Dia ni dikatakan terbabit dengan orang halus. Hidup dengan dunianya sendiri, berangan nak kawin dengan taukeh lombong emas. Nasiblah si taukeh dah berkawin. Tapi dengar ceritanya, dia kata dia pun dah "kawin" dengan taukeh tu tapi di alam bunian lah. Ada anak lagi hehe..Entahlah boleh percaya ke tidak. Yang menghairankan, dia ni datang kerja, balik kerja, bulan-bulan dapat gaji free. Fuhh senangnya hidup. Taukeh balak pun boleh bangkrap!!! Pembesar kecil molek ni pulak punyalah sayang sangat pada budak ni. Budak tu jangan disentuh, jangan ditegur. Macam anak emaslah katakan. Gila...Macamana tak gila, orang lain susah-susah datang opis, buat kerja, kena tegur bos itu dan bos ini , tapi member sorang ni mengabihkan boreh yo. Itulah double standard namanya. Biasalah dunia lagi namanya. Kenapa dia ni tak dicadangkan kepada medical board je. Senang. Ada ramai lagi orang di luar tu yang hendak bekerja. Nak mencari pendapatan menyara hidup yang semakin sukar sekarang. Tak paham...tak paham...

Isnin, 21 Julai 2008
Kisah Anak Tiri dan Anak Pungut
Hari ini persidangan tahunan bermula. Yang bisa pergi itu hanya pembentang-pembentang kertas dan pembesar-pembesar 52 ke atas dan sebahagian kecil pembesar 48. Yang tinggal-tinggal di pejabat masing-masing itu ada yang terasa berkecil hati. Ya lah, bukan sengaja dia nggak mahu bikin kertas tapi nggak ada yang teknikal yang boleh ditulis. Kerna kerja-kerjanya di opis itu hanya mengkompil saja.
Maka terkeluarlah istilah-istilah "huh kami ini anak tiri dan anak pungut". Udah lah ditinggalkan kami di opis, pembesar IT itu meninggalkan kami dengan talian internetnya terputus nggak boleh disambung. Biasalah di opis ini, kalu selepas hujung minggu, hari Senayan itu, talian internetnya tidak pandai sambung, "ada problem weekend", tikus menggigit talian agaknya.
Maka orang-orang kecil di kewangan pun nampaknya rilek saja, apa tidaknya talian eSPKB pun turut terputus. Maka tiada apa yang boleh dikerjakan, maka lebih baik berlabun, memikirkan hari-hari berakhirnya seorang dara, bergosip pasal hendak berlangsungnya hari perkahwinan.
Tak boleh salahkan mereka, mereka pun anak tiri atau anak pungut yang ditinggalkan. Pembesar yang pergi bersidang meninggalkan talian internet yang terputus, maknanya kalau seminggu bersidang, maka seminggulah talian terputus...huhh gila kaa.

Rabu, 16 Julai 2008
RUU Ahli Geologi 2008 Diluluskan di Parlimen
[Kemaskini]
Berita sumbangan NJ:
Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 (RUU AG2008) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada persidangan hari ini 15 Julai 2008 pada jam 11.52 pagi.
Alhamdulillah
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008, antaranya bertujuan menubuhkan perbadanan bernama Lembaga Ahli Geologi dan penetapan fungsi dan kuasa lembaga berkenaan.
Antara lain Rang Undang-undang berkenaan juga adalah bagi pendaftaran ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi dan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
Bidang geologi membabitkan geofizik, geokimia, geokronologi, geologi alam sekitar, geologi ekonomi, geologi kejuruteraan, geologi marin, geologi petroleum, geologi rantau, geologi struktur dan tektonik, hidreogeologi, pencarigalian dan penjelajahan, mineralogi, petrologi, stratigrafi dan paleontologi dan sains geologi selain dari yang dinyatakan.
Akta itu dibentangkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan diluluskan semasa mesyuarat dikendalikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Rang undang-undang itu akan membabitkan implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan yang belum diketahui jumlahnya.
-- BERNAMA

PAS Mahu Ahli Geologi Berperanan Lebih Efisyen
Silalah baca komen dari ahli politik pembangkang yang saya rasa pertama kali didengar. Berita sumbangan HA.
Dipetik dari Laman Web ini:
KUALA LUMPUR, 26 Jun - Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata peranan sebagai ahli geologi dapat dimartabatkan selepas Rang Undang-Undang Ahli Geologi diluluskan supaya golongan ini dapat berperanan lebih efisien sebagaimana ahli profesional yang lain. Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.
"Kepakaran mereka untuk mempastikan rakyat dan negara mendapat manfaat serta langkah-langkah aktif mengesan pergerakan kerak bumi, arus udara serta perubahan alam , sudah pasti kita akan mengiktiraf kepakaran mereka.
"Dalam dekat ini kita dikejutkan dengan tsunami yang menunjukkan berlaku perubahan pada kerak bumi. Selepas itu kita juga mendapati di Malaysia, mengikut kajian yang dibuat ahli geologi, Malaysia tidak termasuk dalam rangkaian gunung berapi dan terselamat daripada lingkaran gempa bumi,"katanya.
Katanya, gempa bumi kecil yang berlaku di Sumaterapada akhir 2004 telah menyebabkan berlaku gempa bumi kecil yang kesannya turut dirasai di Malaysia,menunjukkan satu isyarat baru bahawa ahli geologi harus memainkan peranan dan memberi maklumat kepada negara dalam aspek keselamatan.
Sementara itu Salahuddin turut mempersoalkan apakah ahli geologi dapat membantu dalam memberi maklumat terhadap perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangasa (ICJ) tentang pemilikan Pulau Batu Putih.
"Melalui maklumat yang saya perolehi, apa juga rupa bumi yang keluasannya tidak sampai satu kilometer, maka asas-asas atau plak bumi itu mesti diambil kira. Apabila kita memerhati keadaan Pulau Batu Putih dengan Terumbu Karang Tengah, jaraknya sangat hampir.
"Apakah pandangan ahli geologi ini diambil kira jika faktor keluasan muka bumi di lautan tidak sampai satu kilometer itu membuktikan bahawa Pulau Batu Putih dan Terumbu Karang Tengah merupakan suatu kumpulan batu yang hak miliknya juga mesti diambil kira,"katanya.
Sehubungan itu beliau mengharapkan menteri berkaitan dapat menjelaskan adakah pandangan ahli geologi diambil kira semasa perbicaraan tersebut.
Salahuddin turut melahirkan kekesalan kerana kerajaan tidak memberikan ruang pekerjaan kepada graduan Diploma Kejuruteraan Petroleum dan Ijazah Kejuruteraan Petroleum pada 1984 di sebuah universiti tempatan sedangkan pada waktu itu kerajaan dalam dekad ke dua menghasilkan petroleum.
Sementara itu, beliau juga mengharapkan kerajaan dapat menjelaskan adakah jaminan kepada bakal graduan yang sedang mendalami bidang geologi ini.
"Adakah kita sudah fikir untuk 'memasarkan' graduan dalam bidang geologi ini dalam pasaran yang lebih kompetitif pada masa akan datang? Terdapat juga rungutan ahli-ahli geologi yang berkhidmat dengan Petronas yang mana ramai di kalangan mereka yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat minyak asing yang berminat untuk menggunakan kepakaran mereka.
"Adakah kita mempunyai sumber tenaga yang cukup sekiranya mereka berpindah kepada syarikat minyak asing. Apakah langkah yang dilakukan oleh kementerian bagi mengatasi perkara ini?"soalnya.

Khamis, 10 Julai 2008
Emas Hitam Makin Kurang
Oleh ADHAM SHADAN (Kosmo Online)
Minyak atau petroleum merupakan komoditi yang terlalu hampir dengan kehidupan kita. Tetapi, sejauh manakah kita mengenalinya?
BAYANGKAN hidup kita hari ini tanpa minyak atau petroleum. Kereta tidak mampu bergerak, mesin-mesin di kilang tidak berfungsi, barangan elektrik yang dijana olehnya hanya menjadi perhiasan dan akhbar yang sedang anda tatap ini pun mungkin tidak akan tercetak.
Hidup kita bagai terhenti! Tanpanya kita tidak boleh hidup, tetapi itulah sumber utama yang menjadi pergantungan kita pada masa ini. Justeru, tidak hairanlah apa sahaja berkaitan dengan 'emas hitam' ini pantas mencuit hati sesiapa saja.

Petroleum sebenarnya bermaksud minyak batu. Diambil daripada bahasa Greek (Yunani), ia merupakan gabungan perkataan petra (batu) dan oleum (minyak). Kenapa ia dinamakan sedemikian?
Kerana minyak itu sendiri adalah berpunca daripada batu-batuan. Petroleum terhasil daripada bahan-bahan organan dan hidupan kuno yang mati dan termampat sehingga menjadi batuan dalam jangkamasa 10 juta tahun ke beratus juta tahun."Bahan-bahan organan termampat akibat tindakan haba seiring dengan masa. Tindakan haba mematangkan bahan organan apabila kedalaman semakin bertambah jauh ke dalam bumi," kata Prof. Dr. Wan Hasiah Abdullah, pakar petrologi arang batu dan geokimia petroleum dari Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur ketika ditemui baru-baru ini.
"Batuan yang boleh menjana petroleum terdiri daripada batuan syal (batu lumpur), batuan berkarbonat atau arang batu. Tetapi, bukan semua jenis arang batu boleh menjana minyak kerana kecenderungannya lebih kepada penjanaan gas," jelas Wan Hasiah.
"Warna batuan boleh kelihatan berbeza-beza kerana unsur bahan organan yang terkandung di dalamnya. Minyak daripada batuan punca di daratan biasanya terbentuk daripada komponen asalan tumbuh-tumbuhan manakala batuan punca di lautan mengandungi fitoplankton dan alga.
"Bahan organan ini membentuk geopolimer yang dikenali sebagai kerogen di mana komponen asalnya adalah terdiri dari selulosa, lignin, protein dan lipid," tambah Wan Hasiah lagi.
Petroleum merupakan satu sumber alam yang mengkagumkan. Ia boleh didapati dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.
"Komposisinya adalah kompleks, dan disebabkan variasi molekulnya, kita boleh menghasilkan bermacam-macam produk yang mempunyai pelbagai kegunaan.
"Minyak mentah boleh menghasilkan bitumen, kerosen, etana, minyak bahan bakar jet, diesel, petrol dan gas asli. Itulah keistimewaannya yang mungkin tak dimiliki sumber-sumber lain," kata Wan Hasiah.
Wan Hasiah menyatakan syarikat cari gali minyak perlu bekerjasama dengan ahli geologi kerana golongan ini dapat membantu menentukan kedudukan batuan yang dijangka menyimpan khazanah petroleum sebelum penggerudian dilakukan. "Telaga minyak yang digerudi biasanya sehingga ke batuan takungan (reservoir). Ia biasanya berkedalaman antara 1.5 kilometer hingga 3 kilometer dari permukaan bumi. "Kedudukan batuan punca biasanya lebih dalam dari batuan takungan" ujarnya sambil menunjukkan titik-titik minyak pada batuan menerusi sebuah mikroskop.

Kosmo! juga diperlihatkan dengan sampel minyak mentah yang tersimpan dalam botol-botol kecil yang dipamerkan di muzium di Jabatan Geologi UM. Petroleum bukan sahaja boleh didapati di lautan seperti yang difikirkan ramai, tetapi ia juga boleh didapati di daratan.
"Kebanyakan minyak yang ditemui di Malaysia adalah di kawasan lautan. Tetapi minyak pertama diterokai di negara ini iaitu di Miri, Sarawak pada tahun 1910 adalah di daratan.
"Kos mencari gali petroleum di lautan adalah amat mahal. Semakin jauh dari pantai, semakin besarlah kosnya," ujarnya.

Menurut laporan, Petronas kini terpaksa menanggung kenaikan kos cari gali sehingga lebih 200 peratus. Demi memastikan 'nafas' Malaysia sebagai pengeluar petroleum tidak terhenti,
Petronas kini meneroka kawasan laut dalam setelah minyak di 'telaga' yang sedia ada kian berkurangan.

Selasa, 8 Julai 2008
CEO Geologist Malaysia
Semasa berjalan-jalan beberapa hari lepas aku terserempak dengan satu artikel berkenaan CEO Geologist Malaysia, Dato' Yunus Abdul Razak. Yang terlepas baca boleh baca di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)