Minyak atau petroleum merupakan komoditi yang terlalu hampir dengan kehidupan kita. Tetapi, sejauh manakah kita mengenalinya?
BAYANGKAN hidup kita hari ini tanpa minyak atau petroleum. Kereta tidak mampu bergerak, mesin-mesin di kilang tidak berfungsi, barangan elektrik yang dijana olehnya hanya menjadi perhiasan dan akhbar yang sedang anda tatap ini pun mungkin tidak akan tercetak.
Hidup kita bagai terhenti! Tanpanya kita tidak boleh hidup, tetapi itulah sumber utama yang menjadi pergantungan kita pada masa ini. Justeru, tidak hairanlah apa sahaja berkaitan dengan 'emas hitam' ini pantas mencuit hati sesiapa saja.

Petroleum sebenarnya bermaksud minyak batu. Diambil daripada bahasa Greek (Yunani), ia merupakan gabungan perkataan petra (batu) dan oleum (minyak). Kenapa ia dinamakan sedemikian?
Kerana minyak itu sendiri adalah berpunca daripada batu-batuan. Petroleum terhasil daripada bahan-bahan organan dan hidupan kuno yang mati dan termampat sehingga menjadi batuan dalam jangkamasa 10 juta tahun ke beratus juta tahun."Bahan-bahan organan termampat akibat tindakan haba seiring dengan masa. Tindakan haba mematangkan bahan organan apabila kedalaman semakin bertambah jauh ke dalam bumi," kata Prof. Dr. Wan Hasiah Abdullah, pakar petrologi arang batu dan geokimia petroleum dari Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur ketika ditemui baru-baru ini.
"Batuan yang boleh menjana petroleum terdiri daripada batuan syal (batu lumpur), batuan berkarbonat atau arang batu. Tetapi, bukan semua jenis arang batu boleh menjana minyak kerana kecenderungannya lebih kepada penjanaan gas," jelas Wan Hasiah.
"Warna batuan boleh kelihatan berbeza-beza kerana unsur bahan organan yang terkandung di dalamnya. Minyak daripada batuan punca di daratan biasanya terbentuk daripada komponen asalan tumbuh-tumbuhan manakala batuan punca di lautan mengandungi fitoplankton dan alga.
"Bahan organan ini membentuk geopolimer yang dikenali sebagai kerogen di mana komponen asalnya adalah terdiri dari selulosa, lignin, protein dan lipid," tambah Wan Hasiah lagi.
Petroleum merupakan satu sumber alam yang mengkagumkan. Ia boleh didapati dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.
"Komposisinya adalah kompleks, dan disebabkan variasi molekulnya, kita boleh menghasilkan bermacam-macam produk yang mempunyai pelbagai kegunaan.
"Minyak mentah boleh menghasilkan bitumen, kerosen, etana, minyak bahan bakar jet, diesel, petrol dan gas asli. Itulah keistimewaannya yang mungkin tak dimiliki sumber-sumber lain," kata Wan Hasiah.
Wan Hasiah menyatakan syarikat cari gali minyak perlu bekerjasama dengan ahli geologi kerana golongan ini dapat membantu menentukan kedudukan batuan yang dijangka menyimpan khazanah petroleum sebelum penggerudian dilakukan. "Telaga minyak yang digerudi biasanya sehingga ke batuan takungan (reservoir). Ia biasanya berkedalaman antara 1.5 kilometer hingga 3 kilometer dari permukaan bumi. "Kedudukan batuan punca biasanya lebih dalam dari batuan takungan" ujarnya sambil menunjukkan titik-titik minyak pada batuan menerusi sebuah mikroskop.

Kosmo! juga diperlihatkan dengan sampel minyak mentah yang tersimpan dalam botol-botol kecil yang dipamerkan di muzium di Jabatan Geologi UM. Petroleum bukan sahaja boleh didapati di lautan seperti yang difikirkan ramai, tetapi ia juga boleh didapati di daratan.
"Kebanyakan minyak yang ditemui di Malaysia adalah di kawasan lautan. Tetapi minyak pertama diterokai di negara ini iaitu di Miri, Sarawak pada tahun 1910 adalah di daratan.
"Kos mencari gali petroleum di lautan adalah amat mahal. Semakin jauh dari pantai, semakin besarlah kosnya," ujarnya.

Menurut laporan, Petronas kini terpaksa menanggung kenaikan kos cari gali sehingga lebih 200 peratus. Demi memastikan 'nafas' Malaysia sebagai pengeluar petroleum tidak terhenti,
Petronas kini meneroka kawasan laut dalam setelah minyak di 'telaga' yang sedia ada kian berkurangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan