Rabu, 16 Julai 2008

RUU Ahli Geologi 2008 Diluluskan di Parlimen

[Kemaskini]
Berita sumbangan NJ:
Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 (RUU AG2008) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada persidangan hari ini 15 Julai 2008 pada jam 11.52 pagi.

Alhamdulillah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008, antaranya bertujuan menubuhkan perbadanan bernama Lembaga Ahli Geologi dan penetapan fungsi dan kuasa lembaga berkenaan.
Antara lain Rang Undang-undang berkenaan juga adalah bagi pendaftaran ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi dan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
Bidang geologi membabitkan geofizik, geokimia, geokronologi, geologi alam sekitar, geologi ekonomi, geologi kejuruteraan, geologi marin, geologi petroleum, geologi rantau, geologi struktur dan tektonik, hidreogeologi, pencarigalian dan penjelajahan, mineralogi, petrologi, stratigrafi dan paleontologi dan sains geologi selain dari yang dinyatakan.
Akta itu dibentangkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan diluluskan semasa mesyuarat dikendalikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Rang undang-undang itu akan membabitkan implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan yang belum diketahui jumlahnya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: