Isnin, 15 September 2008

Hentikan Kezaliman/Ketidakadilan Dalam Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Kerajaan Gred 41 Ke Atas (Bahagian Pertama)

Rencana ini dipetik dari http://www.marhaendaily.net/v1/

Oleh: Pegawai Bukan PTD

MOHON SELESAIKAN DAN HENTIKAN KEZALIMAN/KETIDAKADILAN DALAM PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KERAJAAN GRED 41 KE ATAS

Kami daripada kalangan Pegawai Kerajaan Bukan-PTD Gred 41 ke Atas berdoa kepada Tuhan di Bulan Ramadan almubarak ini agar Paxxxxx Rakxxx dapat membentuk Kerajaan Pusat. Salah satu sebab paling utama ialah kerana ketidakadilan (kezaliman) yang telah sampai ke kemuncaknya oleh kerajaan Pak Lah Badawi dalam perlantikan dan kenaikan pangkat pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.
Ketidakadilan disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Kerajaan xxx xxx memberi layanan ’kedaulatan diraja’ kepada pegawai PTD (logo Persatuan PTD berwarna kuning melambangkan mereka paling berdaulat dan jangan derhaka). KSN seperti pak turut dan tidak mengkaji hati dan perasaan kakitangan awam yang lain (Bukan-PTD ).
Tuan-tuan sedia maklum, sejak xxx xxx menjadi PM, pegawai kerajaan dari kelompok PTD telah mendapat layanan dan kedudukkan paling istimewa dan sangat melampau serta mencipta sejarah. Bermula tahun 2003, golongan PTD telah secara pelahan-lahan menguasai jentera kerajaan, sejak 2005 pula belang dan daulat golongan ini telah ditunjukkan secara jelas dan rakus. Kini PTD telah menguasai setiap inci jabatan kerajaan. Semua diatur begitu rapi dan berstrategi.
Sejarah telah tercipta di zaman xxx xxx ini, kenaikan pangkat pegawai PTD terlalu laju, tidak munasabah dan menjejaskan hubungan interpesonal antara PTD dan bukan-PTD serta telah merosakkan pentadbiran jentera kerajaan. Cuba bayangkan PTD yang mula masuk kerja tak sampai 3 tahun (termasuk kursus Diploma Pentadbiran Awam – DPA di INTAN) dah dinaikkan pangkat ke M44, setahun lebih kemudian dinaikkan pangkat ke Gred M48. Ini bermakna tak sampai lima tahun kerja dan belum sampai umur 30 dah dapat jawatan strategik, berkuasa serta bergaji besar (lebih 5 ribu sebulan).
Berbanding dengan kita iaitu sebahagian besar pegawai kerajaan gred 41 yang bukan non PTD. Biasanya 10 tahun ke atas dan ada juga berbelas tahun baru dapat dinaikkan pangkat ke gred 48. Malah ada yang pencen pun dengan gred 41 atau 44.

Kenapa ini berlaku, adakah kerana

- Memang dah rezeki PTD, jawatan dibanyakkan.
- PTD pakar dalam pengurusan dan serba boleh.
- Bukan-PTD tidak kompetent.
- Orang teknikal hanya boleh kerja teknikal.
Dan pelbagai lagi alasan yang boleh diberikan oleh JPA (Jabatan Pencipta Alasan) yang menjadi pangkalan PTD.
PTD Pakar Dalam Pengurusan
PTD diwar-warkan sebagai pakar dalam pengurusan dan dah bidang kerja dia katanya.
Menteri, orang kampung di Ulu/Hulu seluruh negara (memang kubu kuat BN) bolehlah tipu.
Sebagaimana Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri sedia maklum, PTD adalah lulusan pelbagai jurusan ilmu peringkat ijazah pertama yang ditapis sebelum dilantik oleh JPA seterusnya diberi latihan di INTAN selama 6 bulan sebelum dikurniakan Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Diulangi sekali lagi lulusan pelbagai jurusan ilmu (lulusan rojak).
Dengan DPA yang dimiliki oleh PTD maka kerajaan telah menganggapkan PTD adalah serba boleh dalam 8 bidang teras iaitu;-
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Kerana itulah, Pengarah Jabatan Agama adalah bukan ustaz tetapi PTD yang tidak semestinya ustaz (lihat ke kes Jamry Suri – Pengarah JAIPk bukan seorang ustaz tetapi PTD M48, menjalankan kerja Gred 54, Timbalan Pengarah seorang ustaz, Gred S52) – siapa yang lebih berdaulat PTD atau? Bahagian kewangan diuruskan oleh PTD (mungkin tak pernah belajarpun hal ehwal kewangan) bukan akauntan pun. Pentadbiran dan pembangunan wilayah diuruskan oleh PTD (yang mungkin baru jumpa pelbagai akta berkaitan semasa melapor diri.) bukan lulusan perancang bandar. Pentadbiran tanah oleh PTD (yang baru dengan term-term berkaitan tanah) dan bukan lulusan yang berkenaan dan begitulah dengan lain-lain bidang. Bagi jabatan pelajaran, adalah lebih adil dan lebih baik guru-guru yang lulusan bidang pengurusan sumber manusia diberi tugas untuk mengurus urusan perkhidmatan di Jabatan Pelajaran Negeri daripada meletakkan PTD (yang dinaikkan pangkat) yang belum tentu lagi dari lulusan berkenaan.
Memanglah kata JPA, nak mahir kena pergi kursus. Itulah sebabnya pegawai dok pergi kursus je sebab lantik orang yang zero atau tahu sikit-sikit je. Kerja tinggal kat orang bawah selesaikan, dia pergi kursus, mesyuarat kemudian tunggu untuk naik pangkat dan bertukar ke bidang lain. Lepas tu, kerana tak mahir bidang baru kursus lagi, naik pangkat lagi dan bertukar lagi ke bidang lain dan lanjut pelajaran di luar negara (guna duit kerajaan) sehingga selesai 8 bidang teras di atas maka jadilah PTD ini pegawai kanan kerajaan (JUSA – jutawan sektor awam) yang pada pandangan kerajaan dan rakyat pegawai yang berintegreti, mahir dalam pengurusan walhal habok pun tarak. Membazir duit rakyat je. Itu lah dia PTD (Pegawai Terbang di Awangan), mencari tempat untuk bertenggek dan berak kemudian terbang lagi ke tempat lain.
Oleh itu persepsi JPA perlu dibetulkan, belajar sebelum kerja bukannya kerja baru belajar. Jika konsep pelantikan PTD oleh JPA ini teruskan maka tak payah ada Universiti-universiti berbentuk teknikal dan sains di peringkat ijazah, yang perlu ada ialah politeknik-politeknik sahaja kerana pegawai PTD boleh belajar selepas masuk kerja. Kerja teknikal boleh dijalankan oleh lulusan diploma dan sijil. Jimat duit kerajaan tak payah buat universiti.

Ringkasnya, Kerajaan telah melakukan kezaliman kerana meletak orang bukan di tempat yang betul. Kerajaan telah melakukan pembaziran kerana membiarkan modal insan yang dibangunkan tetapi perkerjaan diberikan kepada bukan lulusannya dan membiayai pegawai PTD berkursus/melanjut pelajaran. Terlebih baik kerajaan tutup khusus teknikal di Universiti peringkat degree dan hadkan setakat diploma dan banyakkan kursus degree pengurusan dimana lulusan degree ini akan ambil DPA INTAN. Kerana dengan lulusan DPA INTAN inilah kerajaan telah melahirkan seorang personaliti unggul dan serba boleh. Wang kerajaan dapat dijimatkan, pelajar tidak tertipu dengan sistem pengambilan pegawai kerajaan.
Kerajaan telah melakukan pembohongan (manipulasi) fakta kerana mewar-warkan kepada rakyat, PTD pakar dalam bidang pengurusan.
Kerajaan telah melakukan penindasan kepada pegawai bukan-PTD dan lulusan profesional kerana membiarkan JPA melalui BPO yang dikuasai PTD meletakkan dan menguasai posisi pegawai kanan (Gred 48 ke atas) dengan sewenang-wenangnya. Apakah KPPA dan Tan Sri KSN sedia maklum akan perkara ini?

BAGAIMANA PTD MENGUASAI KERAJAAN.

PTD ada di mana-mana, dari tertinggi sehingga daerah. Parlimen ada PTD yang berkuasa bukan Setiausaha Parlimen, Jemaah Menteri ada PTD (KSN) sebagai setiausaha. Semua KSU, timbalan KSU, KPSU, PSU secara amnya disemua kementerian adalah PTD. Diperingkat kerajaan negeri, secara amnya SUK , Pegawai Kewangan, Pengarah PTG, PSU, Pengarah Pembangunan, Pengarah Jabatan Agama dan seumpamanya adalah PTD. Di peringkat daerah pula secara kasarnya semua YDP dan pegawai daerah, pegawai pembangunan daerah adalah PTD.
Terkini, selepas PRU 13, Setiausaha Parlimen kini dari kalangan PTD yang sebelumnya orang politik (alasan dicipta ialah orang politik sibuk), Setiausaha Sulit kanan kini dimasuki oleh PTD dan bukan lagi tertumpu kepada Gred S
Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh mantan PM, Tun Mahathir bahawa pentadbiran Malaysia dijalankan oleh budak berhinggus berpusat di tingkat 4. Saya tafsirkan budak berhinggus ialah pegawai PTD yang muda dan berpangkat besar (rakan-rakan khairy) dan tingkat 4 ialah terletaknya tempat rujukan PM dalam urusan negara. Mereka (JPA, EPU dan sewaktu dengannya) inilah yang memberi laporan, syor dan analisa kepada kerajaan Pak Lah supaya harga minyak naik dan seumpamanya secara mendadak demi kepentingan negara, walhal PTD bukan pakar di bidang berkenaan. Kerajaan xxx xxx telah membuat keputusan berdasarkan maklumat/syor yang tak tepat oleh orang yang bukan ahlinya.
Fenomena ini berlaku dipelbagai bidang dan di semua peringkat. Di bidang pentadbiran tanah, Kerajaan xxx xxx atau kerajaan negeri (termasuk Selangor, Perak dan P Pinang) menerima nasihat dari Pentadbir Tanah dan Penolongnya yang merupakan PTD. Umum menganggap mereka ini tentulah mahir tentang pentadbiran tanah, walhal PTD-PTD ini tak tahu pun kerana mereka bukan lulusan pentadbiran tanah atau yang berkait dengannya. Lihat lah apa terjadi kepada projek e-Tanah, SPTB dan urusan pentadbiran tanah. Yang pasti jawatan PTD di up-gred dan ditambah. Kerja tak tahu apa-apa dapat naik pangkat dan tukar ke bidang / jabatan lain. Begitu juga dengan pentadbiran kerajaan tempatan, terus didominasi oleh PTD yang muda-muda tetapi dah Gred M48 ke atas.
Kalau mahir, hebat dan pakar dibidang perancang bandar dan yang berkaitan kita boleh terima tapi mereka ini akta-akta berkenaan baru jumpa bila lapor diri bertugas. Cuba bayangkan perasaan pegawai lama dari gred lain, terguris atau tidak, orang yang mahir bidang berkenaan, dah lama berkhidmat tapi pangkat tak naik-naik, kena tunjukajar dan patut arahan orang lebih muda dan tak mahir dalam bidang berkenaan tapi pangkat lebih tinggi. ADIL ke atau ZALIM ?
Terbaru, JPA melalui BPO (Bahagian Pembangunan Organinasi) – (kena siasat punca kuasa BPO ini, ada ke tidak) telah meluluskan penyusunan semula Jabatan Kerajaan Tempatan. Lihatlah carta organisasi JTK, jelas JPA mahukan PTD mendominasi JTK, walhal bidang kewangan patut diberi kepada Gred W, Ekonomi, Gred E, Sosial Gred S, Pembangunan Fizikal, Gred J dan seumpamanya tetapi kenapa kebanyakannya Gred M. Selain itu berlaku pertindihan tugas antara JTK dengan Kementerian Luar Bandar untuk menguruskan Kg Tradisional, bukankah Kementerian Luar Bandar yang menguruskan Kg Tradisional melalui Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuaan (JKKP) dan pelbagai agensi di bawahnya. Mungkin inilah antara punca yang dikatakan kos operasi meningkat sehingga 51% daripada belanjawan.

Akan bersambung ke Bahagian Kedua:
Analisis Berdasarkan Nas Akhbar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ala jabatan yang terdapatnya paling ramai geologis pula apa kurangnya? Zalim juga....penempatan di tempat yang bukan kepakaranya. Tak payah fikir masalah orang lain la....masalah keluarga sendiri pun lintang pukang...fikirlah

Civil Servant berkata...

Tuan-tuan sedia maklum, sejak Pak Lah menjadi PM, pegawai kerajaan dari kelompok PTD telah mendapat layanan dan kedudukkan paling istimewa dan sangat melampau serta mencipta sejarah.

Untuk mengatakan bahawa ianya ada kaitan dengan PakLah adalah agak kurang tepat. Ia sebenarnya lebih kepada permainan di JPA. Mereka mengambil peluang dengan kewujudan SSM yang menggantikan SSB sebelum ini dan menggunakan kuasa JPA semaksima mungkin.

Tanpa Nama berkata...

First time here, interesting blog. Have your boss visit here?, if yes then it is good, if he don't know about it, then I suggest you to invite him, I hope one day the boss/bosses could write their comment here.