Isnin, 20 Oktober 2008

Kerajaan Selangor Usaha Sendiri Pengeluaran Bahan Batuan

Dalam pembentangan bajet 2009, YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membentangkan tindakan Kerajaan Selangor mengusahahasilkan sendiri pengeluaran bahan batuan dan pasir di Selangor melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Anggaran pendapatan yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Selangor adalah RM50 juta. Pengeluaran pasir mulai 5 September 2008 oleh KSSB sedang dilaksanakan di PT 32546 dalam Mukim Dengkil Sepang dengan pengeluaran sebanyak 1.25 juta padu pasir.
Manakala kawasan seterusnya yang akan diusahahasil adalah kawasan Olak Lempit. Dengan mengambil kira faktor alam sekitar dan pengurusan yang lestari, kerajaan Selangor akan melaksanakan pengurusan sebegitu untuk mengelakkan ketirisan. Kaedah ini juga dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian curi pasir, melombong haram dan sebagainya.

Geologistabadi- Kalau tak silap kawasan Olak Lempit tu kawasan akuifer air tanah yang bernilai tinggi dari segi simpanan air tanahnya, tak terjejas ke. JMG Selangor kena monitor perkara ini....

Tiada ulasan: