Isnin, 21 Julai 2008

Kisah Anak Tiri dan Anak Pungut

Hari ini persidangan tahunan bermula. Yang bisa pergi itu hanya pembentang-pembentang kertas dan pembesar-pembesar 52 ke atas dan sebahagian kecil pembesar 48. Yang tinggal-tinggal di pejabat masing-masing itu ada yang terasa berkecil hati. Ya lah, bukan sengaja dia nggak mahu bikin kertas tapi nggak ada yang teknikal yang boleh ditulis. Kerna kerja-kerjanya di opis itu hanya mengkompil saja.
Maka terkeluarlah istilah-istilah "huh kami ini anak tiri dan anak pungut". Udah lah ditinggalkan kami di opis, pembesar IT itu meninggalkan kami dengan talian internetnya terputus nggak boleh disambung. Biasalah di opis ini, kalu selepas hujung minggu, hari Senayan itu, talian internetnya tidak pandai sambung, "ada problem weekend", tikus menggigit talian agaknya.
Maka orang-orang kecil di kewangan pun nampaknya rilek saja, apa tidaknya talian eSPKB pun turut terputus. Maka tiada apa yang boleh dikerjakan, maka lebih baik berlabun, memikirkan hari-hari berakhirnya seorang dara, bergosip pasal hendak berlangsungnya hari perkahwinan.
Tak boleh salahkan mereka, mereka pun anak tiri atau anak pungut yang ditinggalkan. Pembesar yang pergi bersidang meninggalkan talian internet yang terputus, maknanya kalau seminggu bersidang, maka seminggulah talian terputus...huhh gila kaa.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ok la tu, pasal yang pergi tu semuanya yang dah pakar dalam bidang masing-masing. Yang tinggal kat pejabat tu adalah "anak buah tok guru" dan tak cukup lagi "basic"nya.

Tanpa Nama berkata...

Anak orang anak kita juga. Inikan pula anak tiri wa anak pungut. Ada jua tempat mengadu berteduh kasih. Nah! Apa ceriter kalau anda anak terbuang dan dibuang... Pada siapa ingin mengadu hal!!!