Khamis, 24 Julai 2008

Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 Diluluskan

DOWNLOAD Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 (format pdf) di SINI

[Kemaskini] Alhamdulillah, tepat jam 6:10 petang tadi bertempat di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 (RUU AG) telah diluluskan selepas bacaan kali ketiga di Dewan Negara petang tadi. RUU AG telah dibentangkan oleh Y.B. Timbalan Menteri NRE, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Petikan dari berita BERNAMA

24 Julai, 2008 21:18 PM

Dewan Negara Lulus Rang Undang-undang Ahli Geologi

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Geologi 2008 yang bertujuan antara lain bagi menubuhkan Lembaga Ahli Geologi serta menetapkan fungsi dan kuasa lembaga berkenaan.Selain itu, rang undang-undang berkenaan juga adalah bagi mendaftar ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi serta perkara lain yang berhubung kait dengannya.Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan berkata inisiatif menubuhkan Lembaga Ahli Geologi dimulakan sejak 15 tahun lepas.Beliau berkata proses penggubalan itu mengambil masa yang agak lama kerana pelbagai aspek perlu diteliti dan dikenal pasti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak yang berkepentingan."Antaranya termasuk pegawai kajibumi dan galian dari Jabatan Meteorologi (sebetulnya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia), wakil Institut Jurutera Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Institut Kejuruteraan Galian Malaysia, Persatuan Geologi Malaysia, Institut Geologi Malaysia serta pegawai kanan kementerian," katanya.Maznah memberi penjelasan terhadap pertanyaan Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim dan Senator Datuk Samsiah Samsudin semasa berbahas yang ingin tahu mengapa Lembaga Ahli Geologi itu mengambil masa terlalu lama untuk diwujudkan.Beliau berkata sungguhpun begitu masih belum terlambat bagi Lembaga Ahli Geologi ditubuhkan."Seperti yang seorang Yang Berhormat katakan tadi..."better late than never". Hari ini atas sokongan dan pandangan-pandangan itu maka saya yakin ia akan jadi kenyataan," kata Maznah.Dewan juga meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008.-- BERNAMA


Tiada ulasan: