Rabu, 23 Julai 2008

Yang Terbiar, Keras Kepala dan Anak Emas

Yang Terbiar- Kakitangan ini kalau hendak dikirakan pernah dipanggil Presiden Kumpulan 41. Dari segi perwatakan adalah sedikit masalah tetapi kalau nak dikira dari segi sikap, berlambak lagi yang lebih teruk perangainya dari beliau tetapi dia ini macam terbiar. Benarlah selalu pujangga ada berkata, "kemarau setahun musnah dek hujan sehari". Sekali berbuat silap, selama-lamanya orang akan ingat. Para Pembesar Negeri pula mengamalkan double standard, pilih bulu dan autokratik. Kenapa tak dibawa berbincang, kaunseling atau pergi bawa belanja makan nasi ganja. Bukannya boleh jadi miskin kalau sesekali bawa anak buah makan. Elaun keraian tu nak buat apa kejadahnya (meminjam istilah edisi siasat NTV7). Berilah sedikit harapan dan kegembiraan pada bebudak ni. Ini tidak, lumpur yang terpalit sedikit tu dipanjang-panjangkan ke serata nusantara, habis satu Malaya tahu. Kan ke bongok namanya memburukkan nama anak buah sendiri. Gembala diadili dengan apa yang digembalakannya. Berilah sedikit ruang kepada Presiden 41. Mudah-mudahan Presiden 41 akan segera dijatuhkan gelaran dan menduduki pula kerusi paling junior kumpulan 44. Amin....

Keras Kepala-Di sebuah negeri yang mengamalkan Adat Perpatih tersebut lah kisah seorang juruteknik yang berkepala batu. Bukan saja kepala batu, malah kepala firaun dan samseng nak mampus. Macamana seorang juruteknik dengan mudahnya mem"babi"kan pegawainya tanpa rasa segan silu. Bukan saja istilah "baxx" tu saja macam-macam yang dicarutkannya. Melawan tokeh pulak tu. Yang kena cercaannya tu bos dialah, seorang wanita berpangkat pegawai. Bos dia ni pulak lembut sangat. Ya lah wanita kan...tapi takkanlah dibiarkan saja sampai naik atas kepala. Telunjuk menjolok mata. Apa kata kalau diberi amaran dulu. Kalau tak berbekas, amacam kalau diugut dengan saman. Buat laporan polis. Mesti ada hadnya, kita ni manusia takkanlah mampu membiarkan saja. Masalahnya samseng ni baik pulak dengan pegawai-pegawai lain, sama-sama duduk semeja minum, bergelak ketawa. Mana tak naik tocang. Hoi Pembesar Negeri, takkan nak dibiar anak buah kamu kena cerca...kesiankanlah dia.Samseng ini harus diajar dengan keras.

Anak Emas-Yang seorang ni pulak lain pulak ceritanya. Dia ni dikatakan terbabit dengan orang halus. Hidup dengan dunianya sendiri, berangan nak kawin dengan taukeh lombong emas. Nasiblah si taukeh dah berkawin. Tapi dengar ceritanya, dia kata dia pun dah "kawin" dengan taukeh tu tapi di alam bunian lah. Ada anak lagi hehe..Entahlah boleh percaya ke tidak. Yang menghairankan, dia ni datang kerja, balik kerja, bulan-bulan dapat gaji free. Fuhh senangnya hidup. Taukeh balak pun boleh bangkrap!!! Pembesar kecil molek ni pulak punyalah sayang sangat pada budak ni. Budak tu jangan disentuh, jangan ditegur. Macam anak emaslah katakan. Gila...Macamana tak gila, orang lain susah-susah datang opis, buat kerja, kena tegur bos itu dan bos ini , tapi member sorang ni mengabihkan boreh yo. Itulah double standard namanya. Biasalah dunia lagi namanya. Kenapa dia ni tak dicadangkan kepada medical board je. Senang. Ada ramai lagi orang di luar tu yang hendak bekerja. Nak mencari pendapatan menyara hidup yang semakin sukar sekarang. Tak paham...tak paham...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang Terbiar - biasalah tu, pembesar negeri suka kepada "yes boss", yang suka melawan tu.....siap la korang. Tapi Pembesar Istana pulak tu....ikut je pembesar negeri.....tanpa soal selidik sebabnya...kuasa di tangan pembesar negeri la katanya.

Keras Kepala - rasa-rasanya buang daerah/negeri je rakyat jelata yang macam nie....tapi apa kata pembesar negeri pulak ye....pasal dia tu mungkin "yes boss" kot

Anak Emas.....yang nie memang confirm "yes boss"....pasal rezeki sejak kerja dok situ je....APC dok situ.....naik pangkat pun dok situ dan mungkin pencen pun dok situ....murah rezeki betui la dema nie...tahniah

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Mengapa para marhain saja dikatakan keras kepala keras hati.. Para bangsawan yang beraja di mata bersultan di hati apa ke kiranya..

Persoalan rezeki memang dah tertentu tapi INGAT.. apa yang dah ditelan pun belum tentu jadi rezeki yang kekal abadi. Tersepak tunggul maka termuntah kembali.. Benarlah kata pujangga; milik kita adalah apa yang dah kita guna bukan yg kita simpan dan pelihara.

Tanpa Nama berkata...

YANG TERBIAR - biarkan ia terjun ngan labu-labunya, aku boss aku peduli apa, yang penting gaji aku tiap tahun naik, kedudukan aku selesa dan lu.., lu siapaaaaa...

Keras Kepala - mungkin terminum minyak lintah kot

Anak Emas - Dunia Mistik eeee no komen le, ke boss dah kene mandram dan hembus hembus

Tanpa Nama berkata...

hebat sangat ke jadi boss?bos vs anak buah..anak buah lagi terror dari boss.

Boss hanya kerana pendidikan yg melayakkan menjadi boss..tp adakah pengalaman & ilmu di dada sama dengan anak buah?
jawapannya TIDAK.